Live Your Life!! Lets Go Crazy

Saturday, October 30, 2010

duNia SekARang T_T

Jika dahulu manusia lebih jahil,
jika dahulu manusia tidak mengenal erti belas kasihan,
dan jika dahulu manusia tidak punya iman yang kuat..
apa bezanya sekarang ?? jahil ?? tidak berhati perut ?? iman ??
hurmmm???...semua tu aku ta brani na ckap ape2...tapi..korang hayati kes2 ni n korang sendri nilai k ^_^
  1. KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.
    Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.

    “Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.

    “Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.
  2. KUALA LUMPUR: Pendarahan dalam perut akibat ditendang atau dipukul dengan benda tumpul dikenal pasti menjadi punca kematian seorang wanita yang ditemui dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, di Hulu Klang, petang kelmarin.
    Malah, pemeriksaan awal juga mendapati mangsa bukan warga tempatan berdasarkan ketiadaan kesan suntikan BCG pada bahunya dan mayat mangsa turut disahkan tiada tanda dibunuh menggunakan sebarang senjata.

    Difahamkan, mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dan bukan remaja seperti didakwa sebelum ini.

    Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kedua-dua mata mangsa juga lebam dipercayai ditumbuk dan ditendang.
  3. KUALA LUMPUR: Walaupun dia dan anak lelakinya berusia sembilan tahun sering dipukul isteri, kasih seorang suami tetap utuh apabila mengetahui wanita itu mengalami tekanan perasaan akibat dihantui kisah silam kerana dirogol guru tuisyen anaknya di rumah mereka di Cheras, di sini.
    Difahamkan, dalam kejadian pertengahan Disember tahun lalu, mangsa berusia awal 30-an itu dirogol suspek di hadapan anaknya.

    Disebabkan bimbang dan malu jika perkara itu diketahui umum, selain memberi ruang kepada isterinya mencari ketenangan, mereka nekad tidak membuat laporan polis.

    Namun, kesempatan itu digunakan sepenuhnya guru tuisyen durjana berusia lewat 30-an itu untuk meminta wang bagi menutup mulut, selain memaksa mangsa melayaninya di ranjang.
kesemua kes2 ni ade dalam paper harian metro 30 okt 2010, sabtu..so korg hayati n..bg la pandangan korg tentang ape yg dah jd dengan dunia sekarang...

No comments:

Post a Comment

jOm mEngKriTik