cinta pada seseorang akan membuatkan kita rindu, cinta pada Allah akan membuatkan kita ingat padaNya, cinta pada kampong akan membuatkan kita sentiasa rindu dan sentiasa mengingatinya

Monday, March 18, 2013

apa ? semester 6 dah ?

Assalamualaikum
pagi yang dingin ! ouh nyamannya !
^_^

hye awak !
ang la sapa lagi  ^_^

i miss u

ok stop mukadimah !
hari ni terlihat orang lain sibuk duk update blog, aku pon gatai tangan jugak nak update

alkisah semester 6 aku di UPSI ni..
alhamdulillah, pejam celik dah semester 6 rupanya (tak kusangka-sangka)
semester 6 yang sungguh mencabar, macam2 nak kena buat,
yang paling tak menahan nak kene mengajar ! fuhh !
moga Allah permudahkan perjalanan bakal cikgu ni...
amin..

kalau korang nak taw,
untuk pelajar sem 6 yang mengambil pendidikan dekat sini, segala bagai teori n pengajaran yang perlu dilakukan, agak sukar bagi sesiapa yang kurang yakin dengan diri tapi nak tak nak tetap kena tempuh jugak, dah namenye pon bakal pendidik, insyaAllah.
bermula daripada microteaching sampailah macroteaching nak kena kuasai, jadi barulah nanti kami akan dilepaskan menjalani praktikal di sekolah2 yang bertuah..haha
moga Allah merahmati setiap apa yang kami lakukan ini..
amin..

semakin naik sem ni plak tiba2 terasa macam jadual tak berapa nak jam sangat, serius lengang jadi,
jadual yang agak lengang membangkitkan lagi semangat aku untuk kerap kali pulang ke rumah,
hehe
minggu ni aku balik ! yippie !..
tapi, mak kata nenek belah bapak sakit, jadi perlu membuat lawatan muhibah ke rumah nenek...
dialah nenek merangkap atok yang masih ada bersama kami.
insyaAllah mudah2an nenek cepat sembuh
^_^

kereje tak siap tapi excited nak balik, macam mane tu ?...
haha
^_^
demi family tercinta, akan ku gagahi jua..
erk..
TAMAT

p/s to olls:
semakin meningkat umur, semakin meningkat amal
semakin meningkat sem, semakin meningkat tahap kerajinan
semakin banyak ilmu dituntut, semakin banyak perkongsian sesama rakan
semakin banyak aku tulis, semakin mengantuk aku dibuatnya

morninght olls

Wassalam
^_^