Live Your Life!! Lets Go Crazy

Monday, February 11, 2013

ceritera cuti semesta

Assalamualaikum..
ehem.....ehem......
pejam celik pejam celik
kus semangat da nak abis cuti sem aku..haha
sakan bebenor cutinye, almaklomlah sem depan da tak de cuti cenggini lagi (praktikal loe!)

sepanjang cuti sem tahun 2 aku ni, agak ramai kenalan baru dan pengalaman baru yang aku sempat kumpul untuk aku gunakan satu hari nanti.
insyaAllah

Cerita I
- buat pertama kali aku dibebaskan meng'drive' kete balik ke kampong halaman, 
seronoknye..ya Allah memang tak terkata, almaklomlah tak penah bawak kete jauh2 tanpa ade pegawai jpj (bapak aku) kat sebelah..bukan main lg mandunye..haha
akhirnya dapat jugak aku lepaskan rindu kat tempat reunion aku dolu2 (pantai pasir lanun, endau johor)
perginya berlima dengan sepupu sepapat aku beserta hero sorang kecik cenonet..
udara pantai yang sungguh nyaman..
i miss that moments
Allahuakbar

Cerita II
-kadang2 pengalaman mematangkan kita-
tp.....kenapa aku tak matang2 nih..haha.
kalo aku sorang je tak pe..ni tak kawan2 aku pon turut terbabit...adeyh !

tanggal 9 dan 10 febuari 2013
tarikh yang cukup bermakna, walaupun ianya seketika alhamdulillah aku bersyukur kerana Dia berikan aku waktu untuk bersama dengan sahabat aku walaupun hanya 2 malam tido telentang tegolek telungkup bersama, siapkan cenderahati untuk diagihkan kepada tetamu yang datang bersama2, makan dan minum bersama2, pakai inai sesama, tido lewat sesama, snap sane..snap sini, gosip2, gurau senda dan
kini NURUL ATIKA BT MOHD ARIS telah pun dimiliki.
tahniah buat sahabatku.selamat berkekalan dunia da akhirat.
aku rindukan dia..lain sangat rasa bila sorang kawan da menamatkan zaman bujang. Alahmdulillah..
aku tumpang gembira..
hari yang penuh dengan adat istiadat, akhirnya telah selamat dilaksanakan alhamdlillah
Allah is the best planner

buat kawan baru
-tempoh perkenalan yang singkat tidak membataskan kita untuk mengenali satu sama lain seperti keluarga sendiri, asalkan ianya ikhlas insyaAllah hasilnya MANTOP GITU LORH !.. haha
rindu kauorg semua
 farah, izati, ana, ain n humaira dan hakim
(diorglah kawan baru aku ngehehe)

Cerita III
-perancangan yang hanya seketika membuahkan hasil yang cukup bermakna-
terima kasih buat ruzaimi n zulia my sweety..hehe
plan untuk tengok wayang complete jua sebelom kita berpisa (ceewaah)..alhamdulillah.
-teman udoh kabor, teman idok besior nengok citer kak limah. teman takot teman tegelak kuat, kan da malu teman td' haha..sabo je la..
we are family
sayang korang !
next destination 'CAMERON HIGHLAND'..insyaAllah


p/s untuk uollsz
-buang ego jauh2 moh kite rapatkan ukhwah sesama umatNya, tak kisah la siapa diri kita atau siapa diri dia yang peting berkawan ikhlas kerana Allah insyaAllah aku yakin uolls takkan menyesal malah hasilnya seru bangat deyh ! trust me..u'll enjoy with it

AGAIN

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NURUL ATIKA MOHD ARIS DAN SUAMINYA YOSDI AHMAD, SELAMAT MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN, SELAMAT  BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.

^_^

wassalam

1 comment:

jOm mEngKriTik